Program Kokurikulum di Sekolah : Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri.   Aktiviti ini boleh  dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah,  mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.  Dengan
andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Program Kokurikulum di Sekolah
Program Kokurikulum di Sekolah

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut:
  1. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan;
  2. Menyeimbangkan antara  perkembangan  mental  dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid;
  3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah;
  4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi;
  5. Membina dan meningkatkan disiplin murid;
  6. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;
  7. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat;
  8. Mewujudkan sekolah berwatak.
Preview Program Kokurikulum di Sekolah


File yang lainnya di bawah ini :


    Post a Comment

     
    Top